Sunday, July 1, 2012

MERAPU time!!


Macam mana nak tahu kita tengah dilamun cinta? Tak ada seorang pun yang boleh jawab dengan tepat kan? Because love is not a fixed science, it’s always change. Dan adakah cinta itu sains semata-mata? Hmm, si penulis pun tak pasti. Cinta tu nak dedefinasikan dalam kategori sains ke, sastera ke, sains sosial ke, sains pembinaan ke, apa-apa aje lah. Bukan ada orang yang ambil kisah pun. Yang semua orang tahu tiba-tiba dah terjatuh cinta. Tapi kisah aku lain. Ya, aku memang terjatuh, tapi bukanlah cinta. Terjatuh longkang? Itu selalu. Terjatuh suka? Kadang-kadang, dan bertempat. Terjatuh cinta? Tak pernah kut. Aku hanya mencintai diri sendiri. Harap maaf.

Jadi kalau ada yang bertanya kepadaku definisi cinta, terlebih dahulu aku mintak maaf, anda bertanya kepada orang yang salah. Kalau kau tanya “how to make yourself feel better after a heartbreak?” itu aku tahu. Ataupun boleh la anda kata “heartbreaks”. Hati ni bukan takat fall to pieces dah, memang dah berkecai berterabur jadi debu. Tak tahu berapa kali terhempas jatuh ke lantai. Tapi sampai sekarang aku survive. Ye dak? Kira taiko la dah frust tertonggeng-tonggeng beribu-ribu kali pun aku tetap bangun berdiri menghadap hidup. Aku tough kan? Ya itu memang aku tahu.

Aku tough, tapi aku clumsy. Itu masalahnya. Mungkin sebab aku clumsy melampau tu yang buat aku selalu sangat senang jatuh hati? Mungkin ya, mungkin tak. Yelah, mana taknya, hari-hari terserempak dengan mamat handsome dah cair (ok tipu, xdela secepat tu). Kawan aku cakap, perempuan mudah cair dengan lelaki yang caring, yang selalu take care pasal diri kita. Yeah betul, aku ada pengalaman dengan hal tu. So, memang tak boleh nak dinafikan la kan? Siapa yang tak suka kalau orang take care tentang diri kita kan? Hahaha, tapi bila tersedar dari reality tu, agak sakit jugak. So girls, be careful. Jangan percaya sangat la dengan lelaki jenis sweetalker ni, tak boleh harap lansung. Kalau yang single bolehla nak flirt, tapi kalau yang dah berpunya, jangan la dekat. Bahaya!

What keeps me going? Hihi, anggap je semua yang berlaku tu pengalaman. So, bila kita berhadapan dengan benda yang sama lain kali, we know how to handle it, macam mana nak react, macam mana nak menghadap perkara-perkara yang berkaitan dengan lebih teratur. Tak adalah nak kelam kabut berlari lintang pukang kehulu-kehilir 1 aras sakit kepala berfikir macam yang pernah aku rasa. Hahahahaha, kan? Jangan expect too much sebab bila benda yang kita expect tu tak jadi, awww!!!! Sakitnya tak tahu nak cerita seyh. 
Macam-macam rasa bercampur baur.

Dan apa yang penting ialah komunikasi, jangan nak main agak-agak je. Bahaya! Bercakap dari pengalaman okay! Kalau dah suka tu cakap jelah, buat apa nak malu? Kan? Bukan susah nak suka orang ni, yang susahnya nak remain suka kat orang tu. Hahahaha, yang nak remain suka tu la part paling susah. Pernah tak satu masa, kau rasa suka sangat dekat somebody2 tu then, when you get to know him or her, kau tetiba rasa, kau tak adalah suka sangat mamat or minah ni pon? Menyampah adalah. Sebab tu aku cakap awal2 tadi, aku banyak kali jatuh suka, tapi setakat ni tak pernah jatuh cinta. Hihihi. Adalah kut sekali, tapi tu pun dulu. Kisah zaman budak2 dulu, cinta monyet ke cinta beruk la kot. Hahaha. Sekarang ni dah taka da rasa kat mamat tu pon haih! Kosong, really aku tak rasa apa-apa. 8 tahun pendam rasa then hilang macam tu aje. Kelakar jugak rasa.

Tapi mungkin bila masuk umur 20 ni, something within you will change. You’ll gradually see things clearly. Dah boleh berfikir dengan agak betul mana satu keutamaan yang perlukan perhatian. Umur 20 yang dah kena pandai membentuk personality sendiri. Tak boleh nak blur2 tak kenal diri dah. Ataupun sebab bila dah masuk umur 20 ni ramai yang dah tahu berfikir secara serius? Tinggal aku je yang lambat membesar? Hehe, entah aku pun tak tahu. Yang aku tahu bila usia dah meningkat naik (ceh, macam nenek2 pulak) makin banyak la tanggungjawab yang kena pikul. Dah start kena fikir untuk masa depan tak boleh nak bersuka ria 24 jam macam dulu. Mungkin jugak sebab sekarang ni, budak2 dipaksa membesar dengan cepat. Sebab tu sangat pelik bila dalam kalangan kawan2 kau, kau sorang je yang tak matured. Selalu je kena layan macam adik-adik. Hahaha, apa boleh buat. Matured itu satu anugerah bukan hak milik.

Bila masuk umur 20 ni, orang kata dah kena stop flirting, flirt2 tu hanya untuk budak2 19 tahun kebawah? Oh yeah? Mintak maaf la banyak2. Mungkin lambat sikit aku kena berhenti flirting sebab, aku baru mula flirting masa umur 19. Hahahaha, banyak lagi pengalaman aku kena cari. Bak kata pepatah melayu zaman moden:- BIAR XDE PAKWE, ASAL RAMAI SCANDAL. Yeah! Itu sangat bertepatan dengan saranan kerajaan yang menganjurkan rakyatnya menjadi seorang yang peramah dan berbudi bahasa serta bersopan santun. Rasionalnya teori diatas kerana jika anda seorang yang mempunyai ramai scandal, sudah tentu networking anda luas, anda kenal ramai orang dan ramai orang kenal anda, maka sudah tentulah anda seorang yang peramah. Anda juga seorang yang berbudi bahasa kerana, tak de pulak kan orang yang nak berscandal dengan manusia yang kurang ajar, dan sudah tentulah anda seorang yang bersopan santun apabila memiliki ramai scandal sebab, tak de orang yang nak kawan dengan manusia yang perangai teruk2. Percayalah! Jadi sila pasang scandal ramai2 ye!

Jadi kepada sesiapa di luar sana yang selalu patah hati, kuatkan semangat anda. Kumbang bukan seekor, kumbang main DOTA ramai lagi. Even kumbang main DOTA occupied pon, kumbang bawak LC ad kan? Kalau yang bawak LC dah full kita cari la kumbang yang bawak AIRBUS! Pendek kata jangan give up sayang2 sekalian. Hidup ni terlalu pendek untuk dibazirkan masa dengan berduka. Bayak lagi benda lain boleh buat! Contonnya, pergi cari kumbang. Ahahahahahha. Ok, selamat berjaya!

03:14 AM
30/06/2012

No comments:

Post a Comment