Macam mana nak tahu kita tengah dilamun cinta? Tak ada
seorang pun yang boleh jawab dengan tepat kan? Because love is not a fixed
science, it’s always change. Dan adakah cinta itu sains semata-mata? Hmm, si
penulis pun tak pasti. Cinta tu nak dedefinasikan dalam kategori sains ke,
sastera ke, sains sosial ke, sains pembinaan ke, apa-apa aje lah. Bukan ada
orang yang ambil kisah pun. Yang semua orang tahu tiba-tiba dah terjatuh cinta.
Tapi kisah aku lain. Ya, aku memang terjatuh, tapi bukanlah cinta. Terjatuh
longkang? Itu selalu. Terjatuh suka? Kadang-kadang, dan bertempat. Terjatuh
cinta? Tak pernah kut. Aku hanya mencintai diri sendiri. Harap maaf.
Jadi kalau ada yang bertanya kepadaku definisi cinta,
terlebih dahulu aku mintak maaf, anda bertanya kepada orang yang salah. Kalau
kau tanya “how to make yourself feel better after a heartbreak?” itu aku tahu.
Ataupun boleh la anda kata “heartbreaks”. Hati ni bukan takat fall to pieces
dah, memang dah berkecai berterabur jadi debu. Tak tahu berapa kali terhempas
jatuh ke lantai. Tapi sampai sekarang aku survive. Ye dak? Kira taiko la dah
frust tertonggeng-tonggeng beribu-ribu kali pun aku tetap bangun berdiri
menghadap hidup. Aku tough kan? Ya itu memang aku tahu.
Aku tough, tapi aku clumsy. Itu masalahnya. Mungkin sebab
aku clumsy melampau tu yang buat aku selalu sangat senang jatuh hati? Mungkin
ya, mungkin tak. Yelah, mana taknya, hari-hari terserempak dengan mamat
handsome dah cair (ok tipu, xdela secepat tu). Kawan aku cakap, perempuan mudah
cair dengan lelaki yang caring, yang selalu take care pasal diri kita. Yeah
betul, aku ada pengalaman dengan hal tu. So, memang tak boleh nak dinafikan la
kan? Siapa yang tak suka kalau orang take care tentang diri kita kan? Hahaha,
tapi bila tersedar dari reality tu, agak sakit jugak. So girls, be careful.
Jangan percaya sangat la dengan lelaki jenis sweetalker ni, tak boleh harap
lansung. Kalau yang single bolehla nak flirt, tapi kalau yang dah berpunya,
jangan la dekat. Bahaya!
What keeps me going? Hihi, anggap je semua yang berlaku tu
pengalaman. So, bila kita berhadapan dengan benda yang sama lain kali, we know
how to handle it, macam mana nak react, macam mana nak menghadap
perkara-perkara yang berkaitan dengan lebih teratur. Tak adalah nak kelam kabut
berlari lintang pukang kehulu-kehilir 1 aras sakit kepala berfikir macam yang
pernah aku rasa. Hahahahaha, kan? Jangan expect too much sebab bila benda yang
kita expect tu tak jadi, awww!!!! Sakitnya tak tahu nak cerita seyh.
Macam-macam rasa bercampur baur.
Dan apa yang penting ialah komunikasi, jangan nak main
agak-agak je. Bahaya! Bercakap dari pengalaman okay! Kalau dah suka tu cakap
jelah, buat apa nak malu? Kan? Bukan susah nak suka orang ni, yang susahnya nak
remain suka kat orang tu. Hahahaha, yang nak remain suka tu la part paling
susah. Pernah tak satu masa, kau rasa suka sangat dekat somebody2 tu then, when
you get to know him or her, kau tetiba rasa, kau tak adalah suka sangat mamat
or minah ni pon? Menyampah adalah. Sebab tu aku cakap awal2 tadi, aku banyak kali
jatuh suka, tapi setakat ni tak pernah jatuh cinta. Hihihi. Adalah kut sekali,
tapi tu pun dulu. Kisah zaman budak2 dulu, cinta monyet ke cinta beruk la kot.
Hahaha. Sekarang ni dah taka da rasa kat mamat tu pon haih! Kosong, really aku
tak rasa apa-apa. 8 tahun pendam rasa then hilang macam tu aje. Kelakar jugak
rasa.
Tapi mungkin bila masuk umur 20 ni, something within you
will change. You’ll gradually see things clearly. Dah boleh berfikir dengan
agak betul mana satu keutamaan yang perlukan perhatian. Umur 20 yang dah kena
pandai membentuk personality sendiri. Tak boleh nak blur2 tak kenal diri dah.
Ataupun sebab bila dah masuk umur 20 ni ramai yang dah tahu berfikir secara
serius? Tinggal aku je yang lambat membesar? Hehe, entah aku pun tak tahu. Yang
aku tahu bila usia dah meningkat naik (ceh, macam nenek2 pulak) makin banyak la
tanggungjawab yang kena pikul. Dah start kena fikir untuk masa depan tak boleh
nak bersuka ria 24 jam macam dulu. Mungkin jugak sebab sekarang ni, budak2
dipaksa membesar dengan cepat. Sebab tu sangat pelik bila dalam kalangan kawan2
kau, kau sorang je yang tak matured. Selalu je kena layan macam adik-adik.
Hahaha, apa boleh buat. Matured itu satu anugerah bukan hak milik.
Bila masuk umur 20 ni, orang kata dah kena stop flirting,
flirt2 tu hanya untuk budak2 19 tahun kebawah? Oh yeah? Mintak maaf la banyak2.
Mungkin lambat sikit aku kena berhenti flirting sebab, aku baru mula flirting
masa umur 19. Hahahaha, banyak lagi pengalaman aku kena cari. Bak kata pepatah
melayu zaman moden:- BIAR XDE PAKWE, ASAL RAMAI SCANDAL. Yeah! Itu sangat
bertepatan dengan saranan kerajaan yang menganjurkan rakyatnya menjadi seorang
yang peramah dan berbudi bahasa serta bersopan santun. Rasionalnya teori diatas
kerana jika anda seorang yang mempunyai ramai scandal, sudah tentu networking
anda luas, anda kenal ramai orang dan ramai orang kenal anda, maka sudah
tentulah anda seorang yang peramah. Anda juga seorang yang berbudi bahasa
kerana, tak de pulak kan orang yang nak berscandal dengan manusia yang kurang
ajar, dan sudah tentulah anda seorang yang bersopan santun apabila memiliki
ramai scandal sebab, tak de orang yang nak kawan dengan manusia yang perangai
teruk2. Percayalah! Jadi sila pasang scandal ramai2 ye!
Jadi kepada sesiapa di luar sana yang selalu patah hati,
kuatkan semangat anda. Kumbang bukan seekor, kumbang main DOTA ramai lagi. Even
kumbang main DOTA occupied pon, kumbang bawak LC ad kan? Kalau yang bawak LC
dah full kita cari la kumbang yang bawak AIRBUS! Pendek kata jangan give up
sayang2 sekalian. Hidup ni terlalu pendek untuk dibazirkan masa dengan berduka.
Bayak lagi benda lain boleh buat! Contonnya, pergi cari kumbang. Ahahahahahha.
Ok, selamat berjaya!
03:14 AM
30/06/2012